Thursday, October 21, 2010

Selepas 9 Bulan..

Untuk seorang pemancing, 9 bulan tanpa aktiviti memancing adalah satu masa yang cukup panjang tapi tanggungjawab sebagai suami adalah lebih penting dari segalanya. Aku dengan cemerlangnya berjaya mengharungi tempoh tersebut tanpa tercedera fizikal mahupon jiwa. Tanggal 16 Okt 2010 puteri sulung aku dilahirkan dengan sihat dan selamat.
Nasihat aku kepada pemancing lain, sekiranya isteri anda mengandung ianya bukanlah beban mahupon halangan kepada minat kita. Memancing mempunyai skop yang luas bukan sekadar mendapatkan ikan, semuanya bergantung pada diri sendiri dan penerimaan kita.

Aktiviti aku sepanjang 9 bulan.
  1. Membuat Gewang (nanti aku upload gambar)
  2. Bercerita dengan isteri pasal mancing walaupon dia tak paham
  3. Memancing dalam PS2 Rapala Pro Fishing dan Mega Bass.
  4. Repair set
  5. Kumpul gewang baru dan ganti yang telah dibaham tunggul kayu
  6. Melawat ke kedai-kedai pancing
  7. Menabung untuk set yang lebih hebat
  8. Buat plan yang teliti untuk trip selepas rantai terlerai.





No comments:

Post a Comment