Sembang pasal buat gewang pulak, ni antara yang paling hyper aku wat. Pantang ada masa mesti memerap dalam stor. Sebenarnya aku bukan la minat dan beseni sangat, jadi kaedah yang aku gunakan dalm membuat gewang adalah KAEDAH CUBA JAYA (trying an error). Kalau nak diikutkan dah beratus agaknya gewang yang aku buat, tapi dengan kaedah ni banyak yang aku buang sebab tak jadi. Bila buat silap je aku terus buang dan mula semula daripada awal,tu la yang berlaku setiap kali aku buat silap. Dengan cara ni aku belajar untuk perbetulkan cara pembuatan di setiap peringkat.
Kebanyakkan bahan yang aku guna adalah bahan tebuang dan peralatan pertukangan guna mana yang ada. Memang agak sukar tapi ia mengajar aku bersabar tapi kalo hilang sabar mesti tak jadi. Jadi di bawah ni sahaja hasil yang agak berjaya, tank test dah buat dalam bath tab umah aku, nampak gaya macam ok nanti bile dah try di padang pancing sebenar aku akan post hasilnya. So tunggu........
No comments:
Post a Comment