Friday, October 22, 2010

Persiapan Tempur.

Duduk sarawak ni memang best, keperluan memancing sangat banyak cuma duit jer yang menentukan segalanya. Lepas sahaja isteri dan anak aku keluar hospital, aku terus mengorek tabung khas yang aku buat sepanjang menunggu kelahiran anak aku. Boleh la ada la sikit,boleh buat pelaburan untuk trip seterusnya. Tabung aku tu pulak ngam-ngam depan kedai pancing paling best (pada aku la) yang ada kat sini. Maka dengan gelojohnya aku memuaskan nafsu membeli. Hasilnya :-

Topwater

Shallow Runner

Deep Divers


Shad Rap

Katak Plastik


Abu Island II

Thursday, October 21, 2010

Buat gewang..

Sembang pasal buat gewang pulak, ni antara yang paling hyper aku wat. Pantang ada masa mesti memerap dalam stor. Sebenarnya aku bukan la minat dan beseni sangat, jadi kaedah yang aku gunakan dalm membuat gewang adalah KAEDAH CUBA JAYA (trying an error). Kalau nak diikutkan dah beratus agaknya gewang yang aku buat, tapi dengan kaedah ni banyak yang aku buang sebab tak jadi. Bila buat silap je aku terus buang dan mula semula daripada awal,tu la yang berlaku setiap kali aku buat silap. Dengan cara ni aku belajar untuk perbetulkan cara pembuatan di setiap peringkat.

Kebanyakkan bahan yang aku guna adalah bahan tebuang dan peralatan pertukangan guna mana yang ada. Memang agak sukar tapi ia mengajar aku bersabar tapi kalo hilang sabar mesti tak jadi. Jadi di bawah ni sahaja hasil yang agak berjaya, tank test dah buat dalam bath tab umah aku, nampak gaya macam ok nanti bile dah try di padang pancing sebenar aku akan post hasilnya. So tunggu........


Selepas 9 Bulan..

Untuk seorang pemancing, 9 bulan tanpa aktiviti memancing adalah satu masa yang cukup panjang tapi tanggungjawab sebagai suami adalah lebih penting dari segalanya. Aku dengan cemerlangnya berjaya mengharungi tempoh tersebut tanpa tercedera fizikal mahupon jiwa. Tanggal 16 Okt 2010 puteri sulung aku dilahirkan dengan sihat dan selamat.
Nasihat aku kepada pemancing lain, sekiranya isteri anda mengandung ianya bukanlah beban mahupon halangan kepada minat kita. Memancing mempunyai skop yang luas bukan sekadar mendapatkan ikan, semuanya bergantung pada diri sendiri dan penerimaan kita.

Aktiviti aku sepanjang 9 bulan.
  1. Membuat Gewang (nanti aku upload gambar)
  2. Bercerita dengan isteri pasal mancing walaupon dia tak paham
  3. Memancing dalam PS2 Rapala Pro Fishing dan Mega Bass.
  4. Repair set
  5. Kumpul gewang baru dan ganti yang telah dibaham tunggul kayu
  6. Melawat ke kedai-kedai pancing
  7. Menabung untuk set yang lebih hebat
  8. Buat plan yang teliti untuk trip selepas rantai terlerai.